Saturday, February 13, 2010

Mukaddimah , Tazkirah dan Salam Ukhwah

Assalamualaikum , tanggal 29 Safar 1431 saya telah melahir kan blog ini bagi
menyatakan tentang agama yang dicintai iaitu Agama Islam . Pertama sekali ,
saya hendak menceritakan tentang diri saya yang masih serba kekurangan ini .
Dilahirkan pada 7/2/1994 , dinamakan Mohammed Shahril Bin Ramzan , yang juga dilahirkan
di Kuantan , Pahang . Pada suatu hari di tahun 2010 saya telah mendapat petunjuk dan hidayah
dari Allah S.w.t , Alhamdulillah selepas mendapat pentunjuk dan hidayah itu , saya selalu menjaga solat saya . Saya mula merasa kesal yang tak terhingga di atas dosa-dosa yang lepas , dan pada hari ini saya sentiasa berdoa kepada Allah agar hidup saya diberkati di dunia dan akhirat . Alhamdulillah , selepas 2 bulan saya tidak meninggalkan solat , saya berasa begitu selesa dan tidak malas untuk melakukan solat . Pada post yang pertama ini , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua Ibubapa , Adik-beradik saya , Guru-guru saya dan Sahabat-sahabat saya yang telah memberi banyak sokongan agar sentiasa mengingati Allah . Sampai di sini sajalah post saya yang pertama ini . Saya doakan agar pembaca sekalian hidup dalam keadaan yang sejahtera dan diberkati Allah . Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat , InsyaAllah . Nanti-nanti kan post saya yang akan datang .

No comments:

Post a Comment