Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh . Pertama sekali , syukur ke hadrat Allah s.w.t yang masih memberi kita peluang di atas muka bumi ini untuk hidup sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan agama Islam di atas bumi ini . Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W , Ahlul Bait , para Sahabah . Tidak lupa juga kepada para para Alim Ulama' , Mujahidin dan fisabilillah yang masih hidup mahupun yang sudah meninggalkan kita . Seperti mana yang kita tahu , dunia ini lambat laun akan tamat tempoh atau erti kata lain akan mencapai hari kehancuran / kemusnahan . Manusia pada hari ini hidup di dalam era Akhir Zaman . Tujuan saya menulis post kali ini , ingin berkongsi dengan saudara/saudari sekalian pandangan saya kepada dunia pada hari ini . Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang telah tunjukkan saya jalan yang lurus , malah sehingga ke saat ini saya masih terpikir apakah nasib saya di akhirat kelak ? Saya seorang Dhaif , sangat sangat dhaif . Tetapi saya cintakan Allah dan Rasul , dalam keadaan ini saya berusaha dan terus berusaha untuk mencarik ilmu Fardhu Ain mahupun Fardhu Kifayah , kerana Nabi sendiri bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi "Orang yang tidak tahu tentang agama adalah orang yang jahil" . Ditafsirkan oleh ulama' bahawa hadis ini menunjukkan bahawa Ilmu Agama itu tersangat-sangat penting , kerana orang yang tidak berilmu terdiri daripada kalangan orang yang sangat rugi . Firman Allah taala " tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk mereka menyambah kepadaKU " malah ayat ini juga jelas menunjukkan , hidup kita didunia ini semata mata adalah untuk mencarik bekalan ilmu , bekalan takwa , bekalan iman untuk hari akhirat hari penentu samaada kita ke syurga atau sebaliknya ke neraka Nauzubillah min zaliq . Namun saya pelik melihat keadaan dunia pada hari ini , terutamanya saudara seIslam saya yang mana mereka seolah olah tidak takut malah seperti mencabar kekuasaan Allah taala , mengapakah mereka lalai ? dan kenapa mereka tidak berpegang TEGUH kepada ajaran Al Quran ? mengapa mereka mengabaikan suruhan Nabi Muhammad S.A.W ? adakah mereka sudah cukup kuat untuk menandingi Neraka nanti ? Subhanallah , tunjukkan lah mereka jalan yang lurus . Kerana saya sendiri takut akan azab Allah taala . Apakah mereka tidak mengambil iktibar dari pada kisah Israk Mikraj ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri melihat isi neraka ? Sekiranya mereka sendiri yang melihat neraka itu , nescaya takut lah hati meraka dan tunduk serta beriman kepada Allah taala . Tapi mengapa ? bukan kah Allah itu maha penyayang , Dia memberi kesenangan dalam hidup kita , malah diturunkan kepada kita seorang Nabi yang mulia yakni Muhammad S.A.W beserta mukizat terbesar baginda iaitu Al Quranul Karim . Malah di dalam Al Quran itu menceritakan segala galanya tentang isi neraka , azab siksa neraka , tetapi segelintir manusia tidak mahu beriman dengan ayat ini .
AKU SEORANG YANG DHAIF , TETAPI AKU DAHAGAKAN ILMU , UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT KELAK .
Saturday, January 7, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment